" Kekurangan pancaindera tidak menjadi halangan untuk mereka terus belajar dan menjadi Huffaz yang berjaya "

Kongsi rezeki buat pelajar asnaf di Darul Quran melalui Kempen Infaq Kasih
k+
Sumbangan Diperlukan
Pelajar Dibantu
RM
Seorang Pelajar

Kempen Infaq Kasih

Untuk makluman Tuan Puan, PERKEMAT sekali lagi ingin mengadakan Kempen Infaq Kasih khusus buat 125 Orang Pelajar yang terdiri daripada :
Pelajar OKU
Pelajar Asnaf
Pelajar Borneo

Antara Sebab Kami Mengadakan Kempen Ini

01
Ada di kalangan pelajar yang merupakan anak yatim dan menjadi tulang belakang keluarga.
02
Mereka terpaksa bercatu makanan dan mengambil kira elaun yang didapati untuk diagihkan kepada keluarga.
03
Ada di kalangan mereka yang menetap jauh di Sabah dan Sarawak.
04
Setiap kali cuti semester yang panjang, mereka tak dapat pulang ke kampung halaman kerana tak mampu beli tiket kapal terbang yang mahal.
05
Di Darul Quran, 6 orang pelajarnya merupakan golongan istimewa (kurang upaya penglihatan).
06
Mereka terpaksa berdikari dan membiasakan diri dengan persekitaran baru serta memerlukan kelengkapan khusus untuk belajar (Quran braille dan buku khas).

Kenali PERKEMAT

  • PERKEMAT adalah sebuah Persatuan Kebajikan Pelajar di bawah institusi Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
  • Menjaga lebih 1,000 orang pelajar tahfiz dari sudut kebajikan, kemahiran dan program-program khidmat masyarakat.
  • Di Darul Quran ini, setiap pelajar diwajibkan menghafaz 30 juzuk Al-Quran sehingga khatam.
  • Pelajar di sini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, ada yang berlatar belakang asnaf, OKU dan anak yatim piatu.
Jadi kami ingin mengajak anda yang pemurah untuk berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan.

Dengan pemberian anda, beban mereka dapat diringankan.

Mungkin ini pemberian TERAKHIR anda di dunia. Kita pun tak tahu sama ada esok kita masih bernyawa lagi atau sebaliknya.

Sumbangan boleh dibuat di:

Agrobank
Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran
1000481000007854
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKEMAT.