Nak turun padang tak berkesempatan... Tapi boleh ambil bahagian untuk beri sumbangan!

Insya-Allah berikut merupakan beberapa tempat yang telah ditetapkan untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat tersebut iaitu :

  • Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih Ulu Sepetang, Taiping, Perak.
  • Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tanjung Kling, Melaka.
  • Pusat Pertubuhan Kebajikan Baitul Sakinah, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Warung Makan Sahabat & Pusat Pembelajaran Komuniti, DBKL, Chow Kit, Kuala Lumpur.
  • Maahad Dakwah Dar Abrar & Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah :

01
Gotong - Royong
02
Mengendalikan Program Smart Solat
04
Menyantuni Anak-anak Yatim, Asnaf dan Pelajar Tahfiz
03
Mengendalikan Program Tahsin Wal Qiraati

Volunteer PERKEMAT akan ke beberapa buah negeri untuk menjayakan Program Khidmat Masyarakat.

Fokus adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar tentang tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Melalui program ini, para pelajar berkesempatan untuk berkhidmat di rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan juga maahad tahfiz.

Kenali PERKEMAT

  • PERKEMAT adalah sebuah Persatuan Kebajikan Pelajar di bawah institusi Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
  • Menjaga lebih 1,000 orang pelajar tahfiz dari sudut kebajikan, kemahiran dan program-program khidmat masyarakat.
  • Di Darul Quran ini, setiap pelajar diwajibkan menghafaz 30 juzuk Al-Quran sehingga khatam.
  • Pelajar di sini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, ada yang berlatar belakang asnaf, OKU dan anak yatim piatu.

PERKEMAT ingin mengajak anda yang pemurah untuk berkongsi rezeki

RM k
Diperlukan untuk menjayakan program ini

Semua kos ini akan digunakan untuk menampung perjalanan pelajar serta membeli peralatan aktiviti yang diperlukan.

Mari berganding bahu dan bantu PERKEMAT untuk kumpulkan dana.

Sokongan Tuan Puan, tidak kira seberapa besar atau kecil, akan melancarkan misi ini dan memberi peluang kepada para pelajar untuk berbakti kepada masyarakat.
Pastikan anda tak keluar dari borang ini sebelum berkongsi rezeki dengan mereka SERENDAH 30 RINGGIT sahaja.

Terima Kasih Atas Sokongan Anda !

Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKEMAT.