Setiap kali bangun pagi anda pernah merasai situasi begini ?

  • Hati rasa tak tenang walaupun banyak harta.
  • Setiap hari dah buat 2-3 kerja, tetapi duit masih tidak cukup.
  • Setiap hari ada je selisih faham, dengan rakan sekerja dan ahli keluarga.
  • Setiap hari rasa tak cukup masa untuk keluarga dan beribadah.

BERSEDEKAHLAH! SEMOGA DENGANNYA KITA AKAN KAYA SERTA TENANG DI DUNIA DAN AKHIRAT

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.
Surah Al-Hadid : 18

Kekurangan pancaindera tidak menjadi halangan untuk mereka terus belajar dan menjadi Huffaz yang berjaya

Kami pun, teringin nak khatam 30 Juz Al Quran macam pelajar normal yang lain
Ya Allah.. Engkau permudahkanlah urusan mereka yang memudahkan urusan kami untuk khatam 30 juzuk Al-Quran di Darul Quran ini. Aamiin
Kongsi rezeki buat pelajar asnaf di Darul Quran melalui Kempen Infaq Kasih
k+
Sumbangan Diperlukan
Pelajar Dibantu
RM
Seorang Pelajar

Kempen Infaq Kasih

Untuk makluman Tuan Puan, PERKEMAT sekali lagi ingin mengadakan Kempen Infaq Kasih khusus buat 125 Orang Pelajar yang terdiri daripada :
Pelajar OKU
Pelajar Asnaf
Pelajar Borneo

Antara Sebab Kami Mengadakan Kempen Ini

01
Ada di kalangan pelajar yang merupakan anak yatim dan menjadi tulang belakang keluarga.
02
Mereka terpaksa bercatu makanan dan mengambil kira elaun yang didapati untuk diagihkan kepada keluarga.
03
Ada di kalangan mereka yang menetap jauh di Sabah dan Sarawak.
04
Setiap kali cuti semester yang panjang, mereka tak dapat pulang ke kampung halaman kerana tak mampu beli tiket kapal terbang yang mahal.
05
Di Darul Quran, 6 orang pelajarnya merupakan golongan istimewa (kurang upaya penglihatan).
06
Mereka terpaksa berdikari dan membiasakan diri dengan persekitaran baru serta memerlukan kelengkapan khusus untuk belajar (Quran braille dan buku khas).

Kenali PERKEMAT

  • PERKEMAT adalah sebuah Persatuan Kebajikan Pelajar di bawah institusi Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
  • Menjaga lebih 1,000 orang pelajar tahfiz dari sudut kebajikan, kemahiran dan program-program khidmat masyarakat.
  • Di Darul Quran ini, setiap pelajar diwajibkan menghafaz 30 juzuk Al-Quran sehingga khatam.
  • Pelajar di sini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, ada yang berlatar belakang asnaf, OKU dan anak yatim piatu.
Jadi kami ingin mengajak anda yang pemurah untuk berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan.

Dengan pemberian anda, beban mereka dapat diringankan.

Mungkin ini pemberian TERAKHIR anda di dunia. Kita pun tak tahu sama ada esok kita masih bernyawa lagi atau sebaliknya.
Jadi, jom KONGSI REZEKI sekarang !
Pastikan anda tak keluar dari borang ini sebelum berkongsi rezeki dengan mereka SERENDAH 30 RINGGIT sahaja.

Terima Kasih Atas Sokongan Anda !

Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKEMAT.