Bekalan Sebelum Kematian Dengan Perbanyakkan Amalan Memberi

Amalan suka memberi akan menyelamatkan kita ketika menjalani proses perhitungan
Tidak mahukah kita mendapat syafaat dari Nabi kita iaitu Baginda Rasulullah SAW kerana
Nabi sangat sayang akan insan yang gemar berkongsi!
Kita boleh jadikan Baginda Rasulullah SAW sebagai idola kita kerana sifatnya yang tidak kedekut dalam berkongsi, malah tidak takut untuk kehilangan segala harta yang ada.
  • Bumi telah banyak menunjukkan tanda-tanda kecil kiamat, tapi adakah kita sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku ?
  • Tidak insafkah kita untuk memperbanyakkan segala amalan yang akan memberi perlindungan dan penyelamat ketika di hari perbicaraan kelak ?
Harta yang banyak tidak menjamin sebarang KEBAHAGIAAN di dunia ataupun akhirat kelak tapi apa yang dijamin adalah bekalan yang bermanfaat di dunia akan menjadi pemberat di akhirat kelak.
Maka, persiapkan diri kita mulai dari sekarang dengan perbanyakkan " PERKONGSIAN " kerana dalam banyak-banyak amal, SUKA MEMBERI ini adalah amalan yang PALING TINGGI nilainya.
Kerana kita juga tidak tahu bila nyawa kita akan diambil, jadi persiapkan segera tanpa berlengah kerana mati juga tidak berlengah.

Jom Mulakan Sekarang !

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh .
Surah Al-Munafiqun: 10

Kenali PERKEMAT

Kami dari NGO PERKEMAT, menjaga lebih 1,000 orang pelajar tahfiz dari sudut kebajikan, kemahiran dan program-program khidmat masyarakat. Di sini, setiap pelajar diwajibkan menghafaz Al-Quran sehingga khatam.

Ke Mana Peruntukan Ini Akan Disalurkan ?

Pelajar di sini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, ada daripadanya terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di sini.
Kebiasaannya, tajaan diperoleh dari pihak syarikat, masjid dan juga hasil sokongan daripada pihak orang ramai.
Dengan rasa rendah hati, kami ingin mengajak Tuan/Puan yang pemurah untuk sama-sama turut serta dalam memberi sokongan kepada pelajar asnaf yang memerlukan.
Tuan Puan yang pemurah boleh penuhkan tabung SUKFAZ dengan SERENDAH RM30
Lebih banyak anda beri, lebih besar manfaatnya.
Semoga Allah permudahkan segala urusan anda, diluaskan pintu rezeki dan dikurniakan pahala yang melimpah ruah berkat sokongan anda hari ini.
Aamiin Ya Mujib.
BANGSA BERJAYA, BANGSA PENDERMA!
SYABAS DAN TAHNIAH KERANA ANDA BERJAYA LAKUKANNYA.
Terima Kasih!
Pemberitahuan:
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKEMAT.
3. Keseluruhan duit sumbangan akan digunakan apa sahaja untuk kebaikan tahfiz.