" Kekurangan pancaindera tidak menjadi halangan untuk mereka terus belajar dan menjadi Huffaz yang berjaya "
Kongsi rezeki buat pelajar asnaf di Darul Quran melalui Kempen Infaq Kasih
k+
Sumbangan Diperlukan
Pelajar Dibantu
RM
Seorang Pelajar
Kempen Infaq Kasih
Untuk makluman Tuan Puan, PERKEMAT sekali lagi ingin mengadakan Kempen Infaq Kasih khusus buat 125 Orang Pelajar yang terdiri daripada :
Pelajar OKU
Pelajar Asnaf
Pelajar Borneo
Antara Sebab Kami Mengadakan Kempen Ini
01
Ada di kalangan pelajar yang merupakan anak yatim dan menjadi tulang belakang keluarga.
02
Mereka terpaksa bercatu makanan dan mengambil kira elaun yang didapati untuk diagihkan kepada keluarga.
03
Ada di kalangan mereka yang menetap jauh di Sabah dan Sarawak.
04
Setiap kali cuti semester yang panjang, mereka tak dapat pulang ke kampung halaman kerana tak mampu beli tiket kapal terbang yang mahal.
05
Di Darul Quran, 6 orang pelajarnya merupakan golongan istimewa (kurang upaya penglihatan).
06
Mereka terpaksa berdikari dan membiasakan diri dengan persekitaran baru serta memerlukan kelengkapan khusus untuk belajar (Quran braille dan buku khas).
Kenali PERKEMAT
PERKEMAT adalah sebuah Persatuan Kebajikan Pelajar di bawah institusi Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Menjaga lebih 1,000 orang pelajar tahfiz dari sudut kebajikan, kemahiran dan program-program khidmat masyarakat.
Di Darul Quran ini, setiap pelajar diwajibkan menghafaz 30 juzuk Al-Quran sehingga khatam.
Pelajar di sini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, ada yang berlatar belakang asnaf, OKU dan anak yatim piatu.
Jadi kami ingin mengajak anda yang pemurah untuk berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan.
Dengan pemberian anda, beban mereka dapat diringankan.
Mungkin ini pemberian TERAKHIR anda di dunia. Kita pun tak tahu sama ada esok kita masih bernyawa lagi atau sebaliknya.
Jom sedekah RM 1 Sehari
Selain dapat membantu pelajar tahfiz yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah. Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.